69 Anggota JBPM Sarawak Sertai Derma Darah Sempena Tahun Baharu Cina

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

KUCHING: Seramai 69 orang terdiri anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak termasuk Pengarahnya Khirudin Drahman@Husaini di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pada Selasa. 

Menurut Khirudin dalam kenyataan media pada Selasa, Program Derma Darah adalah kerjasama JBPM Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah, Hospital Umum Sarawak. 

“Program ini melibatkan penderma seramai 69 orang terdiri daripada pegawai, anggota bomba dan kakitangan gunasama. 

“Ianya diadakan sempena dengan Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2021,” katanya. 

Turut sama Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah, Hospital Umum Sarawak yang diketuai oleh Dr. Lu Siew Ling bersama 13 orang pegawai. -EDISI UKAS

Share

add comment