ADUN Saribas Harap Projek Naiktaraf Dua Buah Masjid Di Spaoh Lancar

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

SPAOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berharap projek naiktaraf Masjid Kampung Manggut, Spaoh di Betong dilaksanakan mengikut spesifikasi projek.

Semasa penyerahan projek yang menelan kos RM200,000 itu kepada pihak kontraktor pada Isnin, beliau juga meminta kontraktor dapat menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan agar tidak timbul isu lain.

Projek tersebut melibatkan pembinaan pagar dan tempat parkir masjid.

Beliau seterusnya turut menghadiri simbolik penyerahan projek yang sama di Masjid Kampung Serabang.

Projek yang bernilai RM60,000 itu juga melibatkan pembinaan pagar masjid.

Beliau kemudian diberi taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai pelaksanaan projek.

Sementara itu di Pusa, Mohammad Razi berkesempat meninjau tapak cadangan pembinaan gelanggang futsal baharu Kampung Tuie.

Beliau berharap urusan yang melibatkan pemilikan tanah untuk projek tersebut diselesaikan dengan lancar bagi memastikan projek dapat dilaksanakan. -EDISI UKAS

Share

add comment