Banjir: 58 Keluarga Terima Sumbangan Daripada Ahli Parlimen Batang Sadong

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Seramai 58 keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Lubok Meranti, Tungkah Sebangan menerima bantuan pek makanan daripada Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim, pada Selasa.

Bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban mangsa yang mengalami kerugian akibat banjir yang melanda di kawasan tersebut.

Penerima yang ditemui rata-rata meluahkan perasaan gembira dan merakamkan penghargaaan atas bantuan yang diterima.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras Kawasan Batang Lupar Chacill Kimlen. – EDISI UKAS

Share

add comment