Dua PPS Masih Beroperasi Tempatkan Mangsa Banjir Di Serian

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

KUCHING: Mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak mula menunjukkan pengurangan. 

Menurut laporan terkini bencana banjir negeri Sarawak yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa jam 8.00 pagi seramai 486 mangsa banjir dari 166 buah keluarga masih tinggal di dua PPS di Daerah Serian. 

Antara PPS yang masih dibuka dan beroperasi ialah SK Tanah Puteh yang menempatkan seramai 338 orang dan PPS Dewan Masyarakat Serian seramai 148 orang. -EDISI UKAS

Share

add comment