JKM Bahagian Miri Hulur Bantuan Makanan Kepada Penduduk Di Dua Buah Rumah Panjang

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

MARUDI: Sebanyak dua buah rumah panjang di kawasan Daerah Beluru menerima bantuan makanan susulan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersasar atau ‘lockdown’. 

PKP Bersasar ini dikuatkuasa di Rumah Mathew Tiri dan Rumah Lawang Chupong di Sungai Seruas, Bakong dalam Daerah Beluru selama dua minggu mulai 7 hingga 21 Februari 2021 berikutan terdapatnya kontak rapat kes positif COVID-19 di penempatan tersebut. 

Di Rumah Mathew Tiri sebanyak 111 pek makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Fumah (KIR) dan 36 pek lagi diagihkan kepada KIR di Rumah Lawang Chupong. 

Bekalan makanan tersebut adalah untuk tempoh 14 hari semasa tempoh PKP Bersasar. -EDISI UKAS

Share

add comment