KM Terima Kunjungan Hormat Lembaga Pengurusan Tertinggi Pustaka Negeri Sarawak

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pengurusan Tertinggi Pustaka Negeri Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Rombongan Lembaga Pengurusan Tertinggi Pustaka Negeri Sarawak diketuai Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Dr. Hamid Bugo beserta ahli-ahli lembaga pengurusan.

Kunjungan berkenaan bertujuan memaklumkan perkembangan terkini aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Pustaka Negeri Sarawak sepanjang tahun lepas dan beberapa isu-isu lain yang berkaitan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Datu Laura Lee Ngian Hion (dalam gambar, empat dari kanan), Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Arpah Adenan (empat dari kiri) dan beberapa ahli-ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak. – EDISI UKAS

Share

add comment