Laporan Polis Dibuat Terhadap Seorang Individu Berkaitan Fitnah RTP DUN Kakus Di Media Sosial

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

TATAU: Satu laporan polis telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan beberapa tuai rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus ke atas seorang individu bernama Thomas Kayong berikutan tulisan berbaur fitnah berkaitan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kakus di media sosial.

Ini susulan komen berkaitan Projek RTP yang berjumlah RM5 juta bagi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tangkapan skrin tulisan itu telah dikongsikan seorang pengguna ke dalam sebuah facebook sebelum ditular di dalam sebuah kumpulan whatapps.

Dalam tulisannya di kumpulan whatapps itu berbunyi ‘5 juta setaun myh mai kena sida YB raun ngagai Thailand ngelaban indu ba Thailand, dini nya bisi kena nulung rakyat’.

Tuduhan tersebut adalah fitnah yang  amat berat dan tidak berasas dan memberi gambaran dan reputasi yang buruk kepada ADUN di Sarawak.

Susulan itu Ahli Jawatankuasa PRS DUN Kakus telah membuat laporan polis terhadap individu tersebut.

Bagaimanapun, pada sebelah petang itu Thomas telah datang ke Pusat Khidmat ADUN Kakus dan menyampaikan permohonan maaf dan menyatakan rasa kesal di atas perbuatan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment