Kerajaan Sarawak Bangunkan Padang Ragbi Di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

SADONG JAYA: Sebuah padang ragbi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud yang dibangunkan menerusi peruntukan kerajaan negeri sedang dalam proses pelaksanaan.

Padang ragbi yang dibina itu adalah bagi memupuk minat pelajar terhadap sukan terbabit selain sebagai pelengkap kepada kemudahan sukan di sekolah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, kesedaran para pelajar amat diperlukan agar dapat menyerlahkan potensi dan bakat mereka dalam bidang sukan ragbi.

Jelasnya, sukan itu juga mampu membina kekuatan dan sahsiah diri sekaligus melahirkan generasi muda yang aktif bersukan.

“Dengan siapnya projek ini akan memberi kemudahan sukan ragbi untuk pelajar di sekolah tersebut,” katanya semasa melakukan tinjauan di padang ragbi di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud pada Isnin.

Tambah beliau, kerja-kerja menanam rumput di padang ragbi berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat. -EDISI UKAS

Share

add comment