Pembinaan Gereja St Anthony Berjalan Lancar, 95 Peratus Telah Siap

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

SARIKEI: Projek pembinaan Gereja St Anthony berjalan dengan lancar dan telah mencapai status siap sebanyak 95 peratus.

Semasa meninjau projek itu pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyuarakan rasa gembira dan berpuas hati dengan komitmen kontraktor dilantik dalam memastikan projek itu dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

Katanya, sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) itu yang disalurkan dua kali iaitu sebanyak RM300,000 pada 2019 dan RM200,000 lagi pada 2020.

Beliau dalam pada itu berharap gereja baru itu dapat memberi keselesaan kepada semua penganut Kristian di kawasan itu untuk beribadat.

Dato’ Sri Huang turut menyatakan komitmennya untuk membantu agama-agama lain di kawasan itu dengan memohon peruntukan daripada Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). – EDISI UKAS

Share

add comment