Penduduk Di Pekan Marudi Diminta Maksimumkan Penggunaan Air Elak Gangguan Bekalan Air

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

MARUDI: Orang ramai khususnya penduduk di Pekan Marudi diminta supaya memaksimumkan penggunaan air bagi mengelak gangguan bekalan air. 

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Marudi dalam kenyataannya berkata, ini disebabkan pontun tempat untuk mengepam air ke loji penapisan air Marudi telah dilanggar oleh tongkang. 

“Kejadian ini hanya disedari pada pagi Selasa dan ejadian ini bukan kali pertama berlaku. 

“Kerja-kerja baik pulih telah pun dijalankan serta merta dan penduduk supaya diminta bersabar sekiranya terdapat gangguan bekalan air ke kawasan mereka,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment