Penduduk Kampung Kuang & Kampung Pulau Kandis Bakal Nikmati Manfaat Projek RTP

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

TARAT: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020 bakal memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Kuang dan Kampung Pulau Kandis.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah membuat lawatan kerja ke tapak projek RTP di dua kampung tersebut dan menyaksikan upacara serah tapak projek pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat telah mengadakan lawatan ke tapak projek membina tandas dan bilik air balai raya Kampung Kuang.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyerahkan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada ketua-ketua Kampung di Zon Patung yang mewakili penerima KGC di kampung masing-masing.

Lawatan projek seterusnya ke projek menaik taraf balai raya Kampung Pulau Kandis.

Kedua-dua projek RTP tersebut adalah bernilai RM60,000.-EDISI UKAS

Share

add comment