Penduduk Rumah Anggok Terima Bantuan Makanan

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

BINTANGOR: Penduduk Rumah Anggok Kiai di Loba Stabar, Jalan Sibu-Tanjung Manis telah menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Daerah Meradong pada Isnin.

Bantuan itu disampaikan kepada 37 ketua isi rumah panjang tersebut yang telah dikenakan sekatan pergerakan dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, Jabatan Bomba Daerah Meradong turut melakukan sanitasi awam di rumah panjang tersebut.

Operasi melibatkan seluruh bahagian dalam dan luar rumah panjang. -EDISI UKAS

Share

add comment