Rumah Naga Umpi Dikenakan Perintah ‘Lockdown’ 14 Hari

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

SIBU: Rumah Naga Umpi yang terletak di Batu 16, Sibu menjadi rumah panjang terbaru dikenakan perintah ‘lockdown’ selama 14 hari berkuatkuasa hari ini.

Ia selepas 10 penghuni rumah panjang yang mempunyai 44 pintu itu telah disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca jangkitan bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Tuai Rumah Naga dan penghuni rumah panjang itu telah dimaklumkan oleh pihak PDRM mengenai arahan ‘lockdown’ tersebut petang tadi. – EDISI UKAS

Share

add comment