Sertai Kelas Virtual Literasi Maklumat Anjuran Pustaka Negeri Sarawak Melalui Google Meet 10 Dan 13 Februari Ini

SELASA, 9 FEBRUARI 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Kelas Virtual Literasi Maklumat melalui Google Meet.

Menurut kenyataan media pada Isnin, kelas tersebut akan diadakan pada 10 dan 13 Februari 2021.

“Sesi pertama akan diadakan pada 10 Februari 2021 pada jam 2.30 petang dan sesi kedua pada 13 Februari 2021 jam 10.00 pagi.

“Kelas Virtual Litersi Maklumat ini diadakan adalah untuk memudahkan pelajar belajar cara-cara menggunakan Learning Port bagi mengakses bahan pembelajaran bagi subjek sekolah rendah.

“Learning Port Interactive ialah sistem pembelajaran komprehensif yang boleh membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan dengan kaedah yang menyeronokkan,” katanya.

Ujar kenyataan itu lagi, penyertaan adalah percuma sahaja dan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, guru, ibu bapa dan penjaga.

Mereka yang berminat boleh mendaftar segera dengan dan terhad kepada 30 orang peserta di pautan di https://docs.google.com/…/1FAIpQLSeJpbZBH9…/formResponse

Untuk mendaftar, anda perlu menjadi ahli Pustaka Negeri Sarawak melalui Sarawak ID.

Jika belum mendaftar, sila klik pautan dibawah untuk mendaftar https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/signup/

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai seranta, Nurfatini di talian 013-8044220 atau email: librarian@sarawak.gov.my. -EDISI UKAS

Share

add comment