14 Persatuan, NGO Di Tanjong Manis Terima Peruntukan Khas Perdana Menteri

RABU, 10 FEBRUARI 2021

BELAWAI: Sebanyak 14 persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Zon Tanjong Manis menerima peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan ADUN Kuala Rajang yang disampaikan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh pada hari ini.

Peruntukan sebanyak RM200,000 itu disalurkan kepada NGO di DUN Kuala Rajang untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti.

Keseluruhannya sebanyak 48 persatuan dan NGO akan menerima peruntukan ini dengan 14 dari Zon Tanjong Manis dan selebihnya dari Zon Sarikei.

Antara penerima ialah SK Abang Gesa, Belawai, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Belawai, PPWS Kampung Jerijeh Baru, Belia Kampung Jerijeh Baru, KRT Kampung Baru Rajang, PPWS Kampung Rajang dan SK Tanjong Manis dengan agihan peruntukan dari RM2,000 hingga RM5,000.

Kesemua penerima dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Datu Len kerana menyerahkan peruntukan tersebut dan berjanji akan menggunakannya sebaik mungkin untuk manfaat rakyat.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis, Saiful Bohari dan Pemanca Daerah Tanjung Manis, Morshidi Mores. – EDISI UKAS

Share

add comment