39 Keluarga B40 Dari Bakam Dan Tukau Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

RABU, 10 FEBRUARI 2021

BAKAM: Seramai 39 keluarga golongan B40 dari kawasan Bakam dan Tukau telah menerima bantuan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat telah menyampaikan sumbangan ini di Dewan Serbaguna Bakam pada Rabu. 

Antara bantuan tersebut ialah beras, garam, minyak dan sebagainya serta ‘Angpau’ Tahun Baharu Cina.

Majlis turut dihadiri beberapa orang wakil sekolah sahaja dan mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti menggunakan pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. -EDISI UKAS

Share

add comment