ADUN Daro Serta Isteri Lawat Mangsa Kebakaran

RABU, 10 FEBRUARI 2021

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan isteri beliau hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Baru, Daro pada 31 Januari lepas.

Mangsa, Rahim Ali merupakan suami kepada Exco Pergerakan Wanita PBB yang aktif dalam parti.

Kebakaran itu menyebabkan keseluruhan rumah dan harta benda mereka musnah termasuk empat buah kereta dan sebuah motosikal.

Bagi meringankan beban ditanggung mangsa, Safiee telah menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai manakala isterinya turut menghulurkan sumbangan bagi pihak SABATI.

Safiee juga berkesempatan menyertai majlis kesyukuran sebagai tanda syukur semua ahli keluarga yang ada dalam rumah berkenaan selamat dari musibah berkenaan.

Selain itu, beliau turut memberi kata semangat kepada seluruh ahli keluarga agar terus tabah menghadapi dugaan tersebut. – EDISI UKAS

Share

add comment