Ahli Parlimen Sibuti Sampaikan Buah Tangan Sempena Tahun Baharu Cina

RABU, 10 FEBRUARI 2021

SIBUTI: Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni telah menyampaikan buah tangan sempena Tahun Baharu Cina di beberapa buah kampung dalam Parlimen Sibuti. 

Antara penduduk kampung yang menerima buah tangan ini ialah Kampung Sungai Rait, Mei Min, Tukau, Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir dan kampung Lumut.

Menurut Lukanisman, pendekatan penyampaian Tahun Baharu Cina tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini berikutan sambutan dalam norma baharu. 

Katanya, inisiatif ini sebagai menghargai masyarakat kaum Cina di kawasan Parlimen Sibuti agar mereka dapat merasai sambutan perayaan tahun ini walaupun dalam norma baharu.

Pada tahun ini juga, Pusat Khidmat Masyarakat Sibuti telah mengambil  pendekatan berbeza iaitu mendapatkan pandangan penduduk tentang buah tangan yang sesuai untuk Tahun Baharu Cina 2021.

Di samping itu, turut disampaikan barangan keperluan harian selain daripada buah limau dan air minuman dalam tin untuk meraikan sambutan Tahun baru Cina pada tahun ini bersama keluarga. 

Agihan buah tangan ini akan diteruskan di beberapa buah kampung di DUN Lambir dan Bekenu sebelum bermulanya sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. -EDISI UKAS

Share

add comment