COVID-19 : 135 Kes Positif Baharu Dikesan, 3 Kluster Rekod Penambahan

RABU, 10 FEBRUARI 2021

KUCHING : Sarawak hari ini merekodkan 135 lagi kes positif baharu, melonjakkan angka keseluruhan kes kepada 6,006.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media pada Rabu memberitahu kesemua kes baharu itu dikesan di 12 daerah di Sarawak.

“Sibu masih tinggi (83), Bintulu (19), Miri (9), Dalat (6), Julau (5), Kuching (3), Betong (3), Lundu (2), Kapit (2), Beluru (1), Serian (1) Dan Kanowit (1),” jelasnya.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, tiga (3) kluster daripada 15 yang masih aktif di Sarawak merekodkan penambahan, melibatkan Kluster Seruas Beluru, Kluster Rakut Miri Dan Kluster Pasai Sibu.

“Kluster Seruas Beluru terdapat penambahan 2 kes, Kluster Rakut Miri terdapat penambahan 10 kes, Kluster Pasai Sibu terdapat penambahan 5 kes hari ini”

Tambahnya, Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu masih bersatus merah, manakala semua daerah yang lain masih mengekalkan status sedia ada.-EDISI UKAS

Share

add comment