Fahami SOP, Sambut Tahun Baru Cina 2021 Dengan Norma Baharu

RABU, 10 FEBRUARI 2021

KUCHING: Rakyat di negeri ini perlu memahami dan menerima dengan hati terbuka dalam meraikan perayaan agama masing-masing dengan norma baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau berterima kasih kepada semua rakyat kerana memahami dan menerima keadaan negeri yang masih berdepan ancaman pandemic COVID-19.

Sehubungan itu, beliau bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memohon kepada semua orang untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memerangi pandemik COVID-19.

“Kerajaan negeri telah menyusun rancangan vaksinasi bersama dengan kerajaan persekutuan yang dijangka bermula pada akhir bulan ini.

“Menerusi program vaksinasi ini, kita amat nantikan sinar dan harapan dalam usaha kita memerangi pandemik COVID-19,” katanya dalam Perutusan Khas sempena Tahun Baru Cina 2021 pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Amar Douglas Uggah berharap agar seluruh rakyat di negeri ini sentiasa berwaspada dan kekal selamat daripada wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment