RABU, 10 FEBRUARI 2021
BINTULU: Seramai 42 orang pekerja yang menyewa di kawasan Parkcity dan dikaitkan dengan penularan Kluster JunHeng iaitu Pasaraya Junrong dan Seng Heng menerima bantuan bekalan makanan.
Bantuan bekalan makanan itu disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu dan diagihkan kepada pekerja pada Selasa.
Menurut Pegawai JKM Bahagian Bintulu Taddy Ajin, mereka diberikan bekalan makanan asas seperti beras, biskut, telur, mi dan sebagainya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah memberikan arahan kuarantin kepada semua pekerja yang terlibat dan memastikan tiada pergerakkan keluar dan masuk bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ke kawasan lain. -EDISI UKAS
Share