KBS Sarawak Sumbang RM200,000 Kepada Persatuan Kebajikan Belia Dan Sekolah Berasrama

RABU, 10 FEBRUARI 2021

KUCHING : Sebanyak RM200,000 telah disumbangkan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Sarawak kepada 20 buah pertubuhan kebajikan dan beberapa buah sekolah menengah berasrama bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan menyemarakkan lagi program pembangunan belia.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan bantuan tersebut dalam Program Belia Prihatin 2021 di Kuching pada Selasa.

Antara persatuan kebajikan belia dan sekolah yang menerima sumbangan tersebut adalah Pusat Jagaan Nur Murni, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak, The Salvation Army Kuching Boys Home, PDK Samarahan, PDK Harmoni Asajaya, Sarawak Society For The Deaf, Sarawak Society For The Blind, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA), The Society For Kuching Urban Poor, Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, SMK Asajaya, SMK Hajjah Laila Taib, SMK Tun Abang Haji Openg, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), SMK Agama Matang 2, SMK Balai Ringin Dan SMK Daro

Tambahnya lagi, sebanyak 56 program belia dan 41 program sukan telah dirancang pada tahun ini namun disebabkan PKPB, hanya program-program keutamaan sahaja dilaksanakan. – EDISI UKAS

Share

add comment