Kekal Patuhi SOP Yang Ditetapkan Bagi Kesejahteraan Bersama-Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing

RABU, 10 FEBRUARI 2021

KUCHING : Pematuhan terhadap arahan mahupun garis panduan yang  telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2021.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dalam Perutusan Khas Tahun Baharu Cina 2021 memberitahu, perkara wajib yang sememangnya perlu dipraktikkan oleh rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 tidak boleh diabaikan.

“Sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih, cuci tangan selalu, jaga penjarakan fizikal dengan orang lain dan gunakan pelitup muka dimana sahaja berada,” katanya.

Justeru, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya di Sarawak, disamping berharap agar sentiasa berada di dalam kehidupan yang aman dan sejahtera. -EDISI UKAS

Share

add comment