Kerajaan Perkasa Peranan JKKK Perangi Wabak COVID-19

RABU, 10 FEBRUARI 2021

LINGGA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus digesa memainkan peranan membantu kerajaan memerangi wabak COVID-19 di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, bengkel kepolisan komuniti Peringkat Daerah Kecil Lingga telah diadakan pada Rabu.

Bengkel tersebut dihadiri ketua masyarakat ketua kaum dari sekitar Lingga dan Banting bagi mendedahkan mereka mengenai bahaya COVID-19 serta cara memerangi wabak tersebut.

Turut disampaikan, maklumat mengenai tatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) sempadan serta beberapa SOP yang harus dipatuhi semasa aktiviti sosial di rumah panjang atau kampung seperti majlis pengkebumian, perkahwinan dan lain-lain.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam sesi ceramah ialah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.-EDISI UKAS.

Share

add comment