Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Rombongan MPP

RABU, 10 FEBRUARI 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada rombongan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pada Rabu.

Hadir sama mengiringi kunjungan hormat berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi MPP, Ir. Lo Khere Chiang dan Timbalan Pengerusi MPP, Dato’ Ahmad Ibrahim serta beberapa pegawai kanan majlis perbandaran tersebut.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk membentangkan kertas cadangan bagi kompleks pejabat MPP yang baharu.- EDISI UKAS

Share

add comment