Kluster Seruas Beluru Kini Memasuki Generasi Kedua, 6 Rumah Panjang Masih Dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan

RABU, 10 FEBRUARI 2021

MIRI: Kluster Seruas Beluru yang telah dikenal pasti merebak di Miri kini memasuki generasi kedua. 

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berhubung Garis Panduan Upacara Pengkebumian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang dikeluarkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR dan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) serta Garis Panduan Pengurusan Jenazah Semasa Krisis Wabak COVID-19 meninggal dunia di rumah dan bukan kes sah atau disyaki jangkitan COVID-19 seperti yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak. 

Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak memaklumkan sebanyak enam buah rumah panjang masing-masing di lima di Daerah Beluru dan satu di Daerah Subis masih lagi di bawah Perintah Sekatan Pergerakan (lock down). 

Antara rumah panjang yang masih dalam Perintah Sekatan Pergerakan adalah seperti Rumah Nelson, Rumah Pengabang, Rumah Pengabang, Rumah Matthew Tiri, Rumah Lawang, Rumah Banyan dan Rumah Clarence. 

Sementara itu, tujuh buah rumah panjang lagi telah tamat menjalani Perintah Sekatan Pergerakan antaranya Rumah Emah, Rumah Apol, Rumah Anthony, Rumah Chabu, Rumah Justine Beluru, Rumah Sabang dan Rumah Long Jeeh Telang Usan. 

Keputusan itu dicapai selepas mengadakan mesyuarat secara zoom bersama dengan JPBN Sarawak pada petang Selasa. 

Turut dimaklumkan Daerah Telang Usan telah Kembali ke Zon Hijau dan menjadikan Bahagian Miri kini mempunyai dua daerah Zon Hijau iaitu Marudi dan Telang Usan. -EDISI UKAS

Share

add comment