Operasi Sanitasi Di 11 Lokasi Tumpuan Awam Bersasar Sekitar Bandar Mukah

RABU, 10 FEBRUARI 2021

MUKAH: Operasi sanitasi di sekitar Bandar Mukah telah dilakukan di 11 lokasi tumpuan awam bersasar yang diketuai Ketua Bahagian Kesihatan & Perkhidmatan Bandar, Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) bersama 13 anggota pada Selasa.

Menurut Ketua Operasi, Mohd Farishan Abdullah, lokasi tumpuan awam bersasar tersebut disanitasi sebagai tindakan pencegahan dan langkah membendung penularan pandemik COVID-19.

Antara kawasan yang disanitasi adalah Pasar Basah Mukah, Tamu Hasil Makanan, Tamu Sayur Mukah, Pasar Buah-buahan, Terminal Bas Mukah, Bangunan Pasar Baru MDDM Mukah, Pasar Malam Mukah dan Medan Selera Mukah.

Justeru, orang ramai diminta untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila berada di tempat tumpuan awam. – EDISI UKAS

Share

add comment