Pengusaha Kuih Muih, Makanan Di Kuala Rajang Terima Bantuan Peralatan

RABU, 10 FEBRUARI 2021

RAJANG: Seramai 24 pengusaha industri kampung menerima bantuan pelbagai peralatan untuk menghasilkan kuih muih dan makanan daripada Jabatan Pertanian hari ini.

Sumbangan Fasa I itu disalurkan menerusi Tabung Kemudahan Pertanian (AFF) kepada setiap kawasan DUN Kuala Rajang.

Manakala fasa seterusnya akan disalurkan kepada penerima lain yang layak di seluruh kawasan DUN berkenaan.

Ini merupakan satu lagi inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan golongan wanita di Kuala Rajang.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak itu berkata bantuan seumpama itu pastinya dapat membantu meningkatkan lagi pengeluaran produk tempatan sekaligus memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Sementara itu, para penerima cukup terharu atas bantuan yang diberikan dan berterima kasih kepada Datu Len kerana prihatin dengan pengusaha kuih secara kecil-kecilan. – EDISI UKAS

Share

add comment