PKPD Di Rumah Pangsa Dan Perumahan Town Villa Sibu Berkuatkuasa 12 Februari 2021

RABU, 10 FEBRUARI 2021

KUCHING : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Pangsa dan Perumahan Town Villa, Sibu Jaya berkuatkuasa 12 sehingga 25 Februari 2021 setelah 247 kes positif dicatatkan di kawasan itu.

Demikian, dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam Sidang Media COVID-19 di Kuching, pada Rabu. -EDISI UKAS

Share

add comment