Program Imunisasi Usaha Kerajaan Perangi Pandemik COVID-19

RABU, 10 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Program Imunisasi COVID-19 yang akan diagihkan tidak lama lagi merupakan usaha kerajaan untuk memerangi pandemik yang sedang melanda seluruh dunia kini.

Sehubungan itu, satu taklimat dan penerangan ringkas mengenai pengagihan vaksin tersebut telah diadakan di Pejabat Daerah Kecil Sebuyau pada Rabu.

Inisiatif tersebut adalah bagi menerangkan kepentingan terhadap usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat supaya dapat mempunyai daya tahan terhadap jangkitan penyakit tersebut.

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh seramai 70 orang iaitu dibahagikan kepada dua sesi untuk Zon Sebuyau dan Zon Sebangan.

Dalam pada itu, semua ketua masyarakat dan ketua kaum diharap dapat memberi kerjasama untuk mengekang penularan wabak COVID-19

Dalam pada itu, Tuai Rumah Najel berkongsi pendapat mengenai kebaikan yang diterima daripada pemberian vaksin tersebut kelak dan berharap usaha berkenaan dapat mengembalikan kehidupan rakyat seperti sebelum ini.

“Apabila semua rakyat Malaysia sudah diberi vaksin jadi kita pun tidak hidup dalam keadaan tidak menentu,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment