RM3 Juta Bina Sistem Perparitan Kampung Tepi Laut Belawai

RABU, 10 FEBRUARI 2021

BELAWAI: Sistem perparitan di Kampung Tepi Laut, Belawai akan ditambah baik dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

Peruntukan daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab itu akan menyelesaikan isu perparitan di kampung tersebut.

Fasa pertama projek menelan kos RM500,000 dengan 230 meter panjang dan 1.5 meter lebar.

Terdahulu, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pembangunan Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh menghadiri Sesi Dialog Projek RTP 2021, Membina Sistem Perparitan Di Kampung Tepi Laut Belawai Fasa 1 di Pejabat Daerah Tanjung Manis, pada Rabu.

Taklimat turut dihadiri Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

Taklimat pelan pembangunan disampaikan jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran (DID) Bahagian Mukah, Faizal Suki. -EDISI UKAS

Share

add comment