Rumah Panjang Dimas Dan Rumah John Kennedy Dinaik Taraf Bermula Hari Ini

RABU, 10 FEBRUARI 2021

JULAU: Dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan iaitu Naik Taraf Rumah Dimas dan Rumah John Kennedy bermula pada Rabu. 

Sesi penyerahan Projek RTP Naik Taraf Rumah Dimas telah diadakan di Rumah Dimas Nanga Setarom Nanga Entabai, Julau pada sebelah pagi. 

Pada majlis itu, telah diadakan penyerahan tapak oleh Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei Jessica Ellinda Panti Robert Pasang kepada wakil Syarikat Kontraktor Banting yang disaksikan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Joshua Gundi dan wakil Pejabat Pusat Khidmat Rolland Duat Tuai Rumah Ama Unan. 

Sementara itu, pada sebelah petangnya pula diadakan penyerahan tapak Projek Naik Taraf Rumah John Kennedy Nanga Nanga Jempai Entabai, Julau yang diadakan di Rumah Kennedy. 

Penyerahan tapak telah disempurnakan Jurutera Awam JKR Bahagian Sarikei Jessica Ellinda Panti Robert Pasang kepada wakil Kontraktor Pesaka Ijit Enterprise yang disaksikan wakil ADUN Meluan Joshua Gundi dan wakil Pejabat Pusat Khidmat Rolland Duat Tuai Rumah Ama Unan. 

Kedua-dua tuai rumah Rumah Dimas dan Rumah John Kennedy mengucapkan terima kasih kepada ADUN Meluan Rolland Duat Jubin di atas keprihatinannya dalam menaik taraf projek rumah panjang mereka menerusi peruntukan RTP ini. 

Share

add comment