Rumah Pengabang Yang Dikenakan ‘Lockdown’ Terima Bantuan Bekalan Makanan

RABU, 10 FEBRUARI 2021

BELURU: Sebanyak 99 pek bantuan bekalan makanan telah diagihkan kepada penduduk di Rumah Panjang Pengabang pada Selasa.

Agihan ini susulan daripada Perintah Sekatan Pergerakan atau ‘lockdown’ yang dikenakan ke atas Rumah Panjang Pengabang yang bermula dari 7 hingga 21 Februari 2021. 

Baru-baru ini beberapa orang penduduk di rumah panjang tersebut telah dikesan mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19. 

Oleh yang demikian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah menghantar bantuan bekalan makanan kepada 99 Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang berkenaan merangkumi makanan asas, 6 bungkus susu dan 6 lampin pakai buang untuk kanak-kanak. 

Bantuan ini bertahan bagi tempoh 14 hari Perintah Sekatan Pergerakan dilaksanakan. -EDISI UKAS

Share

add comment