Seramai 32 Orang Warga Emas Terima Sumbangan Tahun Baru Cina Daripada ADUN Lingga

RABU, 10 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang, seramai 32 warga emas kaum Cina menerima angpau beserta buah tangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga itu disempurnakan di Kampung Pasir Panas Cina pada Selasa.

Bantuan berkenaan diberikan bagi memastikan semua warga emas di kawasan berkenaan dapat merasai kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina. -EDISI UKAS

Share

add comment