24 KIR Rumah Panjang Eloh Jugah Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

BINTULU: Sebanyak 24 Ketua Isi Rumah (KIR) Rumah Panjang, Eloh Jugah di Kampung Banyai, Sungai Segan Jalan Ulu Segan menerima bantuan makanan kering daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu, pada Rabu. 

Bantuan makanan kering ini adalah untuk tempoh masa dua minggu atau sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya untuk penduduk rumah panjang terbabit.

Dalam perkembangan yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam kenyataannya baru-baru ini memaklumkan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan menjalankan pengesanan secara aktif yang dibantu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di kawasan rumah panjang terbabit bermula 9 Februari sehingga semua keputusan ujian saringan COVID-19  penduduk rumah panjang adalah negatif. -EDISI UKAS

Share

add comment