Ahli Parlimen Sibuti Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 54 Pelajar Di PPKS Savti Kabuloh

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

MIRI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini telah menyebabkan ada sebahagian pelajar di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Cawangan Miri tidak dapat pulang ke kampung. 

Berikutan itu, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni telah mengadakan lawatan dan menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 54 orang pelajar yang tidak dapat kembali ke kampung akibat PKPB buat sementara waktu ini pada Rabu.

Dalam lawatan itu, beliau juga meninjau operasi PPKS dan menerima permohonan bagi menaik taraf kemudahan beriadah.

Beliau dengan segera telah meluluskan peruntukkan sejumlah RM100,000 bagi membina padang futsal yang sudah uzur dalam perlaksanaan Projek Mesra Rakyat Kerajaan Persekutuan. -EDISI UKAS

Share

add comment