KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021
MIRI: Dalam usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri telah melakukan operasi sanitasi di Pejabat Sarawak Forestry Corporation Wilayah Miri pada Rabu.
Operasi sanitasi telah dilakukan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang diketuai oleh PBK II Ellai Bidang.
Operasi tersebut telah dilakukan di tiga blok bangunan bilik pejabat dan laluan masuk bangunan meliputi bangunan Rizab Alam Semula Jadi Piasau, bangunan Taman Negara Terumbu Karang Sibuti dan bangunan Pejabat Wilayah Miri.
Bangunan Rizab Alam Semula Jadi Piasau merupakan salah satu tempat rekreasi kepada penduduk setempat Miri.
Bagaimanapun, bangunan tersebut masih terbuka kepada pengunjung dengan garis panduan Prosedur Oeprasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. -EDISI UKAS