Jentera Parti Di Balai Ringan Diseru Sentiasa Sedia Kemungkinan PRN & PRU

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

BALAI RINGIN: Jentera parti diseru supaya sentiasa bersedia bagi kemungkinan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) pada bila-bila masa.

Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Belia Dan Sukan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan dalam Program Randau GPS di Depo Balai Ringin pada Rabu.

Beliau turut menyeru agar rakyat berfikir secara mendalam dan terus memberi sokongan kepada kerajaan demi hak negeri Sarawak dan rakyat secara amnya.

Ujarnya, beliau akan sentiasa memastikan pembangunan di kawasan-kawasan Balai Ringin akan terus berkembang dan diteruskan demi kesejahteraan rakyat di kawasan ini.

“Banyak perancangan bagi memajukan kawasan ini telah dibuat seperti sektor pembangunan belia, pelancongan, pertanian dan kesemua ini adalah berdasarkan kesesuaian di setiap zon atau kawasan.

“Rakyat di kawasan ini perlu sedar dan memilih wakil rakyat di kawasan ini yang boleh memberi pembangunan kepada Balai Ringin,” katanya.

Tegasnya lagi, kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu-satunya kerajaan yang amat prihatin kepada rakyat kerana banyak bantuan  yang telah diberikan seperti Bantuan Khas Sarawaku Sayang, Bantuan Semasa PKPP, Kenyalang Gold Card dan banyak lagi bantuan lain yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Dalam program itu, beliau turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM257,000 kepada 26 JKKK dan Biro Wanita di kawasan Balai Ringin. -EDISI UKAS

Share

add comment