JPBB Mukah Agih Bekalan Makanan Kepada PUS Politeknik Mukah

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

MUKAH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Mukah hari ini telah mengagihkan bekalan makanan kering kepada seramai 79 Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) di Politeknik Mukah.

Proses agihan turut disertai Residen Bahagian Mukah yang juga Pengerusi JPBB Mukah, Hamdiah Bakir.

Menurut Komandan Pusat Kuarantin Politeknik dan Kingwood Mukah, Tarmizi Sapian, pecahan PUS di Politeknik Mukah adalah seramai 39 lelaki dan 40 orang perempuan di mana mereka dikendalikan oleh empat kakitangan kesihatan.

Manakala katanya terdapat seramai 104 lagi PUS di Kingwood Resort Mukah.

Sementara itu, Hamdiah berkata bantuan makanan kering juga diagihkan kepada 21 PUS di Rumah Simu dan 58 di Rumah Bihai.

Ujarnya, JPBB Mukah bertindak proaktif menyediakan bekalan makanan kering yang boleh dimakan awal pagi sebelum makanan yang sepatutnya dihantar pada waktu pagi itu tiba. – EDISI UKAS

Share

add comment