Kampung Jaie & Kawasan Sekitarnya Kini Dihubungkan Dengan Rangkaian Mudah Alih 4G

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

SADONG JAYA: Penduduk Kampung Jaie, Sadong Jaya serta masyarakat di sekitarnya kini boleh menikmati rangkaian mudah alih 4G dan akses internet yang pantas.

Kampung Jaie sebelum ini adalah antara kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya yang mengalami talian internet yang sangat lemah.

Menerusi perkhidmatan rangkaian mudah alih 4G dan akses internet itu, ia sekaligus memberi kemudahan kepada pelajar sekolah dan guru melaksanakan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

Sementara itu, penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo yang berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar ke kawasan luar bandar. -EDISI UKAS

Share

add comment