Kemudahan Bilik Dan Pelamin Akad Nikah Percuma Di Pejabat Agama Islam Serian

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

SERIAN : Pejabat Agama Islam Bahagian Serian telah beroperasi pada 5 Januari 2021 bagi memudahkan urusan umat Islam di bahagian itu.

Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Khalidi Ibrahim pada Khamis telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke situ bagi menyempurnakan Pelancaran Bilik Akad Nikah yang merupakan antara kemudahan yang disediakan di pejabat tersebut.

Dalam masa yang sama turut berlangsung Majlis Akad Nikah anak lelaki kepada Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Adana Jed.

Khalidi Ibrahim semasa ditemubual berkata, perkhidmatan bilik akad nikah termasuk pelamin serta ruang jamuan di tingkat bawah disediakan secara percuma.

Untuk itu, kepada umat Islam yang ingin menggunakan kemudahan tersebut, boleh menghubungi Pegawai Agama Islam Bahagian Serian, Ustaz Morshidi July. -EDISI UKAS

Share

add comment