PKPD: Penduduk Kampung Sebako Terima Sumbangan Makanan

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

LUNDU: Penduduk Kampung Sebako 1 dan Kampung Sebako 2 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima sumbangan makanan pada Khamis.

Sumbangan makanan kering dan basah itu disampaikan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA).

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Lundu bersama Pejabat Daerah Lundu telah mengedar sumbangan tersebut dari rumah ke rumah di kampung berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sementara itu, penduduk kedua-dua kampung merakamkan penghargaan di atas bantuan makanan yang diterima

Arahan PKPD di kedua-dua kampung berkenaan dijangka berakhir pada 19 Februari depan.-EDISI UKAS

Share

add comment