Pusat Khidmat DUN Jepak Lawat 3 Tapak Projek RTP Di Kampung Jepak

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

BINTULU: Dalam memastikan projek pembangunan di peringkat kawasan dilaksanakan dengan sempurna, tindakan seperti turun padang penting supaya kontraktor peka dengan keperluan masyarakat. 

Sehubungan itu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak yang mewakili Menteri di Jabatan Ketua Menteri Integriti dan Ombudsman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip telah turun padang bagi melawat tapak tiga Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Jepak di Kampung Jepak pada Selasa. 

Tiga projek RTP DUN Jepak yang dilawati ialah Projek Bina Baharu Pejalan Kaki Kayu  dan Jeti di Kampung Jepak Hulu, Menaik Taraf Jalan di Kampung Sebuan Besar, Jepak dan Naik Taraf Jalan Gravel di Tanah Perkuburan Jepak.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2015, Projek RTP telah memberi kesan besar kepada penyelesaian masalah penduduk dan mengubah landskap pembangunan di sesebuah kawasan. -EDISI UKAS

Share

add comment