‘Sarawak Museum App’ Inisiatif Baru Untuk Promosi Muzium Sarawak

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

KUCHING : Dalam usaha menyemarak dan mempromosi semua muzium di negeri ini, Jabatan Muzium Sarawak telah melaksanakan aplikasi ‘Sarawak Museum App’.

Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia adalah salah satu usaha Jabatan Muzium Sarawak dan kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan menarik dan memudahkan pengkaji dan ahli akademik dari seluruh dunia meneroka pelbagai artifak dan sejarah mengenai Sarawak.

Tambahnya, ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri melangkah ke arah inisiatif digital.

“Ini bersama dengan inisiatif digital yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk membuat Sarawak menjadi salah satu destinasi pelancongan terbaik di Sarawak. Dengan menggunakan aplikasi, pengunjung mampu belajar dan mengetahui lebih lanjut koleksi di muzium dan juga aktiviti muzium dan pameran yang akan diadakan.“ katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘Sarawak Museum Journal dan Sarawak Museum App’ di Kuching pada Rabu. -EDISI UKAS

Share

add comment