3 NGO’s Hulurkan Bantuan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

JUMAAT, 12 FEBRUARI 2021

TATAU: Dalam menghargai jasa dan sumbangan besar barisan hadapan dalam membanteras penularan wabak pandemik COVID-19, tiga buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) telah memberikan sumbangan bekalan makanan. 

Antara NGO’s yang menyampaikan sumbangan makanan ialah Pergerakkan Wanita PBB Cawangan DUN Kakus, Persatuan Anak Tatau (PERANTAU) dan USK Tatau. 

Menurut Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Kakus Rohana Abdullah sumbangan tersebut adalah bertujuan menghargai sumbangan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja tanpa mengira penat lelah mengadakan sekatan dalam usaha mengekang penularan penyakit COVID-19.

Sumbangan tersebut telah diterima wakil Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tatau Sarjan Rijun Bujuk di kawasan Sekatan Jalan Raya Pan Borneo depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau pada Khamis. -EDISI UKAS

Share

add comment