ADUN Batu Danau Ziarah Ahli Keluarga Tuai Rumah Jubang Di Kampung Entagis

JUMAAT, 12 FEBRUARI 2021

LIMBANG: Dalam menyantuni masyarakat di kawasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah menziarahi keluarga   Tuai Rumah Jubang Alol yang kematian bapanya di Kampung Entagis pada Khamis. 

Kehadiran Paulus dan rombongan telah disambut mesra keluarga mendiang Alol Kiroh.

Dalam ziarah itu, Paulus telah menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga Tuai Rumah Jubang bagi meringankan beban keluarga dalam membeli barangan dan keperluan. 

Hadir sama Ahli Majlis Daerah Limbang Kaunselor Johny Sawing dan Pegawai Khas ADUN Jimmy Ngindang Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment