ADUN Lingga Hulur Sumbangan Ringankan Beban Nerawi Bujang

JUMAAT, 12 FEBRUARI 2021

SRI AMAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkesempatan melawat pesakit yang menghidap Angin Ahmar, Nerawi Bujang di Kampung Masjid Baru, pada Khamis.

Beliau yang diiringi Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan serta Ketua Kaum, Abang Norin Abang Noruddin menghulurkan sumbangan kepada Nerawi yang hanya dapat duduk dan baring sahaja semenjak 2 bulan yang lepas.

Diharap dengan sumbangan itu dapat meringankan bebanan yang ditanggung keluarga beliau. -EDISI UKAS

Share

add comment