Program ‘Walk The Talk’ Hargai Sumbangan Petugas Barisan Hadapan

JUMAAT, 12 FEBRUARI 2021

MIRI: Satu Program ‘Walk The Talk’ telah diadakan dengan kerjasama Infaq Sharing dan Community, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri dan Unit Psikiatri Hospital Umum Miri pada Khamis. 

Program ini bagi menyampaikan 120 paket sumbangan berbentuk “self pampering kit” yang mengandungi vitamin c, ‘essential oil’,  pelitup muka dan minuman kesihatan. 

Ianya bertujuan menzahirkan penghargaan atas pengorbanan serta keprihatinan petugas barisan hadapan di Hospital Umum Miri yang telah terkesan dengan pendemik COVID-19. 

Di samping itu, ia juga adalah usaha untuk menyemai prinsip saling menyokong dan semangat sukarela di kalangan komuniti setempat. 

Sumbangan telah disampaikan wakil JKP Miri Malateh Mahmud, Mohd Azrie Din dan Dominic Entingang serta wakil Infaq Sharing Ratnasari Bujang kepada wakil Hospital Umum Miri Dr Bawih Inu Pu’un.

Pada masa yang sama, program ini turut diadakan serentak di Pusat Kuarantin Ranau Sabah. -EDISI UKAS

Share

add comment