Bina Bangunan Baharu SJK (C) Chung Hua, ‘Hadiah’ Tahun Baru Cina Di Spaoh

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

SPAOH: Sambutan Tahun Baru Cina 2021 memberi makna kepada masyarakat cina di Spaoh apabila pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Menyifatkan projek tersebut sebagai hadiah Tahun Baru Cina untuk komuniti itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, permohonan projek telah mendapat kelulusan daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Beliau berkata demikian semasa bersama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Cina Spaoh meraikan Tahun Baru Cina 2021 melalui aplikasi zoom pada Sabtu.

Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat turut memeriahkan norma baharu sambutan Tahun Baru Cina itu.

Dalam masa yang sama, Datuk Amar Douglas Uggah turut menyentuh perkembangan projek pembangunan lain di Spaoh termasuk projek pembinaan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) yang kini telah selesai proses tender.

Tambahnya, jambatan baharu Tanjung Sebekut, Spaoh juga kini di dalam proses tender selain permohonan untuk membina klinik yang baharu di Spaoh telah dikemukakan.

Manakala dalam bidang pertanian, beliau berkata, pertanian menggunakan kaedah moden yang telah dirancang memerlukan pengelibatan masyarakat di kawasan itu.

Ujarnya mereka perlu mengambil peluang dalam bidang itu yang juga bukan hanya meningkatkan pendapatan masing-masing malah memastikan Pekan Spaoh tidak ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi.-EDISI UKAS

Share

add comment