Hari Kedua Tahun Baharu Cina, Bandar Bau Lengang

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

BAU : Tinjauan hari ke-2 sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2021 di sekitar Bandar Bau mendapati banyak premis perniagaan masih belum beroperasi menyebabkan suasana kelihatan lengang berbanding hari-hari biasa.

Hanya ada beberapa gerai yang dibuka seperti Pasar Tamu Bau dan Gerai Tani Bau, menjadikan dua tempat itu sebagai tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.

Garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) turut dipatuhi oleh para pengunjung premis dengan melakukan penjarakan fizikal, mamakai pelitup muka, pembersih tangan dan penggunaan applikasi Mysejahtera. -EDISI UKAS

Share

add comment